Friday, December 14, 2012

:. Menabung?? ^^v


 Assalamualaikum dan selamat petang semua !! ^^v.Huh ! semalam perlawanan bola antara Malaysia dengan Thailand huh ! malas nak cakap *BERAT SEBELAH* >< opps hampir terkeluar tajuklah pulak -_- !! haha.Ranz kini nak mula menabung baliklah sebab nak kumpul duit then nak masukkan duit dalam bank ^^v.Tetapi masalahnya kadang-kadang kalau Ranz menabung ni pandai juga korek-korek tabung >< itulah antara satu masalah yang paling sukar dihindari arrrggghh >< !


 Apa-apa pun tahun depan ni mesti menabung ni ! and nak berjimat cermat lah katakan ^_^v hehe.Kalau menabung sekurang-kurangnya Ranz taklah menyusahkan kedua orang tua Ranz kan3?? hehe ^^v.Kebanyakkan orang cakap menabung ni amalan mulia betul ke?? haha ^^v betul lah tu sebab tak membazir, and tak boros sana sini hehe ^^v.Okeylah Ranz nak main game dulu,~Happy Blogging All~ ^^v



P/S: Menabung Amalan Mulia ^^v

Thursday, December 13, 2012

:. Malam Ini ?? yeahh !!


 Assalamualaikum dan salam sejahterah semua ?? hehe.Malam yang dinantikan hampir tiba yeahhh !! ^^v peace !!.Korang mesti tak sabar nak tengok perlawanan antara Malaysia dengan Thailand kan??!! ^^v.Bila Ranz log in FB whuahhh ! di halaman utama heboh dengan cerita pasal bola hehe ^_^v.Kadang-kadang ada sebilangan daripada mereka mengatakan Malaysia kalah T.T tapi kebanyakkannya Malaysia mesti menang punya !! haha InsyahAllah ^^v.


 Tengok itu? tiger tu? rawwkkk ! haha mesti boleh punya ^^v,tetapi Ranz malaslah dengan orang-orang over di FB bola punya pasal pun nak gaduh-gaduh T.T haishhh ! ape Ranz buat ?? search button like je haha ^^v.Apa-apa pun Ranz memang tak sabar ni nak tengok !!! ^_^.Okeylah Ranz nak pergi ZzZzZz.~Happy Blogging All~



P\S: GoLLLLLLLLLLLL !! *sekadar mimpi* 

Wednesday, December 12, 2012

:. Kenangan Semasa Hari Jadi ^^v


Assalamualaikum dan selamat tengahari semua ^^v.Rupanya time bestday ini secara tak disangka-sangka kena sambut juga haha ^^v.Inilah kek hari jadi Ranz huhu ^^v.Cantik kan? kek Ranz hehehe and sedap !! ^^v.

 
 Hahaha time bestday Ranz anak-anak buah Ranz memang happy-happy hahaha.Muka Ranz digambar itu merahlah >< sebab malu punya hahahaha ^^v.


 Apa-apa pun Ranz ingin mengucapkan terima kasih pada family Ranz kerana sudih menyambut hari jadi Ranz haha ^^v.Maaf ye kalau Ranz terlambat share-share tentang bestday Ranz ini haha ^^v.~Happy Blogging All~.





P/S: Kenangan Musim Hari Jadi Ranz ^^v ..

Tuesday, December 11, 2012

:. Blog Dah Berhabuk ? ._.


Salam,,
  Assalamualaikum dan selamat petang semua !! ^^v.Korang semua apa khabar ? Ranz disini sihat-sihat je ^^v.Hah ! betul ke? blog Ranz dah berhabuk ?? O.o ohh tidak !!! .O. Ranz lupa nak bersihkan blog ni >< *update blog*.


 Bila dah lupa nak bersihkan mesti Ranz akan hacuum !!! hacuum !! ni ><, kali ini Ranz akan cuba jadi budak yang rajin cehcehceh ! betul ke?? .O. InsyahAllah kalau Ranz nak ubah jadi budak rajin.Kenapa Ranz lama tak update blog ni ?? korang tanya abang Ranz KroleZone hehehe ^^v.


 Apa-apa pun InsyahAllah kali ini Ranz akan update blog ^^v kalau masih lagi tidak update maknanya? .O. Ranz tak berjayalah u_u hahahaha.~Happy Blogging All~









P/S : Ringkas Dan Padat O.o?

Tuesday, November 27, 2012

:. Hari Ini Hari Jadi Ranz ^_^



Salam,,
 Adoi line internet tak okeylah hari ini arghh !! >.<".Ok2 hari ini sememangnya bestday Ranz alhamdulillah syukur sekarang umur Ranz dah genap 16 tahun hehe gembiranya ^_^.Kalau Ranz tak perlulah nak beli kek dan apa-apa je cukuplah only WISH for me kan2?? yang penting Ranz sekarang dah 16 tahun 0 hari hehe ^_^".



 Saya nak bersembunyi di dan bilik dan tak nak keluar >.<" hahaha ! malas nak dengar SELAMAT HARI JADI SYUKRAN hahaha bukan tak sudih cuma malulah sebab Ranz kan dah besar hahaha ^_^".Mungkin karang mesti diraikan insyahAllah kalau ada $$$$ hahaha.Yang penting terima kasih ibu kerana lahirkan Ranz sehingga saya membesar dan terima kasih bapa , abang , akak ^_^ dan semualah ! termasuk rakan blogger kerana sudih membaca muehehe.



 Hadiah ? haha kalau tiada hadiah pun jangan risau Ranz OK je,macam yang Ranz cakap ? cukuplah hanya setakat doakan Ranz supaya panjang umur , hidup bahagia atau apa-apa je itu pun sudah bagus untuk Ranz hehe.BTW kalau mereka bagi Ranz hadiah terima kasih sangat-sangat Ranz ucapkan ^_^.Apa-apa pun setakat itu sahaja dari Ranz.~Happy Blogging All~






P/S: Selamat Hari Jadi Ranz (Saya)

Monday, November 26, 2012

:. Cuba Teka Esok Hari Apa??


Salam,,
 Assalamualaikum dan selamat petang semua ^_^.Sekarang ini di rumah Ranz sunyi sepi jek alahai ~_~ bosan pula tiba-tiba ni ^_^".Hmm esok adalah hari yang begitu special hehe tapi kenapa sekarang ini sunyi jek T.T alahai muahaha !.Adakah mereka lupa tentang esok ini T.T hahaha tak sabar ni nak tunggu esok hehe ^_^.

 Mungkin esok notify fb Ranz penuh kot ehehe ^_^ sukanya-sukanya.Dalam hati Ranz nyanyi ha.. ha.. ha.. ceceh malas nak bagitau tunggu esok lah Ranz pun tak sangka esok adalah harinya hehe.Sekarang ini senyuman Ranz terlalu lebar haha like this ^__________^ kan?? haha.Okeylah Ranz nak cari-cari benda yang best dulu.~Happy Blogging All~




P/S:Esok Adalah Hari Yang Begitu Special ^_^

:. Hello Kitty Cafe At Korea


Salam,,
 Kamu semua apa khabar ?? hehe Ranz disini baik-baik saja.Hah ! tadi Ranz tengok tentang cafe la ni kan .. tiba2 Ranz terjumpa lak Hello Kitty Cafe ni wuuahh! agaknya di negara kita adakah? cantik betul lah cafe tu haha kepada adik-adik yang meminati Hello Kitty jom kita serbu Hello Kitty cafe at Korea kahkahkahkah ^_^ *joke*.


  Ini lah suasana di dalam Cafe Hello Kitty ni perrghh ! *trademarkabang* cantik sangat owh ! tapi Ranz tak minat Hello Kitty ni haish ! ^_^" cuma cafe dia cukup menarik pelanggan ceh ! ^_^"


 Pergh!! nampak macam sedap tapi halal ke ni makanan@minuman ni ?? haha.Bila nampak macam sedap harganya berapa hah?? haha mesti mahal punya haha! ^_^".Okey Ranz nak out dulu.~Happy Blogging All~.




P/S: Hello Kitty Perghhh ! hehe ^_^ miow ! hehehe :3


Wednesday, November 21, 2012

:. Sakit Gigi


Salam,,
 Assalamualaikum dan selamat pagi semua ! ^.^ wuahh pagi yang begitu indah sekali haha ^.^.Tadi pagi Ranz bangun tiba-tiba Ranz sakit gigi pula uweehh ! u_u sakitnya !!!!.Sekarang ini pun masih sakit aduuh ! kenapa boleh jadi sampai begini ? korang jangan fikir arg! Ranz tak gosok gigi huh! Ranz gosok gigi ok hahahaah ^.^".


 
 Mungkin dalam minggu ini Ranz asyik-asyik makan coklat jadi ?? inilah padah kalau terlalu kerap makan benda yang manis-manis huh! >.<".Kepada adik-adik sekalian tolonglah contohi Ranz hahaha ceh! nanti sakit gigi baru tau :3.Apa-apa pun setakat itu sahaja daripada Ranz hehehehe.~Happy Blogging All~ Aduh dah tak tahan ni >.<" maaflah kalau cerita Ranz ni pendek hahaaha ^_^"





P/S: Makan Coklat Gigi Sakit Argghhhh!

Wednesday, November 14, 2012

:. Kebosanku Telah Membiak



Salam,,
 Assalamualaikum dan selamat petang ^.^ hari ini sememangnya bosan huhuhu >.<".Bila bercerita mengenai bosan terus Ranz berasa bosan balik T.T hahahaha !!!.Baiklah begini ceritanya apabila Ranz sering kali berasa bosan Ranz akan termenung je kat luar melalui tingkap bilik dan berkata alangkah baiknya Ranz boleh pergi lebih jauh daripada Ranz lihat hehehe.Selain daripada itu,bila Ranz berasa bosan Ranz akan melukis hehe tetapi korang jangan fikir lukisan Ranz cantik T.T hehehehe.

 Faktor yang membuatkan Ranz akan mengelami kebosanan konon-kononnya mungkin faktornya macam begini apabila Ranz nk jalan-jalan bersama family tiba-tiba tidak jadi hah ! maka kebosanku akan membiak.Faktor yang kedua mungkin Ranz nak sesuatu tetapi tidak kena bagi oleh parent itu pun salah satu juga.Sebenarnya banyak lagi Ranz nak cakap pasal faktor-faktor ini tetapi oleh kerana Ranz sedang bosan sekarang eloklah dipendekkan hahaha ^.^".Okeylah setakat itu sahaja daripada Ranz,~Happy Blogging All~




P/S: Bosannya !!!!! >.<"


Saturday, November 10, 2012

:. Apabila Ranz Merajuk ??


Salam,,
 Assalamualaikum dan selamat pagi.Korang semua apa khabar ?? Ranz disini alhamdulillah sihat.Hmm sejak kebelakangan ini Ranz hilang mood tiba-tiba jadi itulah Ranz jarang update blog ni >.<" jadi sekarang mood Ranz kembali pulih ceh !! ^^v !!.Sekarang ini tanpa segan pilu Ranz ingin menceritakan mengenai merajuk hehe ^^v.Apabila Ranz merajuk la ni kan ?? Ranz semestinya akan menyembunyikan diriku di dalam bilik terutamanya !! >.<".Selain daripada itu jika merajuk Ranz akan tunggu untuk dipujuk ceh !! >.<" tapi biasanya tiada sesiapa pun pujuk Ranz ni haha ! ^^v.

 Bahkan juga apabila Ranz merajuk Ranz akan mendiamkan diri Ranz kerana dah memang merajuk mesti lah *malas nak bercakap kan ?? hehe >.<".Namun begitu tidak semestinya Ranz merajuk akan mendiamkan diri kalau boleh Ranz tidur hehe tidak tau kenapa ?? mungkin itu cara Ranz merajuk kan ??.Bila difikir balik dalam minggu ini mungkin Ranz terlalu banyak merajuk haish ! macam budak kecil haha ! ^^v.Sekarang ini tiba-tiba pula Ranz malu nak ceritakan tentang merajuk *padahal takde idea* hehe >.<".Setakat itu sahaja yang Ranz cerita dengan korang semua pada hari ini ^,^.~Happy Blogging Semua~!!! ^_^




P/S: Ranz Merajuk hahaha !!! ^^v

Tuesday, November 6, 2012

:. My First Holiday



Salam,,
 Sekali lagi Ranz jarang pula update blog ni hehe. Oh ya bagaimana dengan cuti pertama Ranz ?? hmm.. sungguh .. seronok pada masa yang sama juga bosan pula.Kini Ranz nak jerit dalam bilik sorang-sorang argg!! urgg!! irgg!! orgg!! haha puas hati Ranz kalau boleh nak jerit betul-betul at the real life cehh !! speaking london pula haha !! ^^v.Hmm.. kenapalah kawan-kawan Ranz di sekolah lain belum cuti lagi u_u kira beruntunglah sekolah Ranz cuti awal seminggu daripada sekolah lain hmmm.. bosan yang amat sekali haha >.<" ayat yang tergantung seketika >.<".

 Apa-apa pun hari pertama cuti Ranz ni memang seronok+bosan=??? hahaha itulah jawapannya haha !!.Hmm.. sekarang ni hujan *LIVE* sesuailah Ranz nak ZzZzZz.. ni kan ?? hmm tapi tidak bolehlah nanti tak pasal-pasal bila bangun nanti nak pergi sekolah *gila sekejap* haha >.<".Sekarang ini apa yang perlu Ranz nak lakukan waktu hujan-hujan ni ?? main hujan ? haish malas hahaha ^^v.Memandangkan Ranz jarang main game apa kita main game yahuu ! hehe ^^v.Okeylah setakat itu sahaja daripada Ranz tentang mengenai hidupnya hari ini ceh !! haha >.<".~Happy Blogging Semua !!! ^_^.



P/S: Cuti Pada Hari Ini .. ^.^v

Wednesday, October 31, 2012

:. Kembalikan Buku Teks

Agak-agaknya begini mungkin Ranz susun dan ikat buku tu hahahahha ^.^"

Salam,,
 Whuahh ! dah hampir 2 minggu Ranz dah tak update blog ni !!?? >.<"  apa cer dengan exam ?? haha begini ceritanya final exam dah habis !!! ^^v yahuu ! gembiranya hati saya.Hah ! esok Ranz dah kembalikan buku teks tingkatan 4 ini huh! u_u sedih teramat hahaha.Satu demi satu Ranz tengok ataupun renungkan buku teks ini hehe.Nasib baiklah buku teks Ranz semuanya ada,kalau hilang ? terpaksalah membayar ganti rugi huh ! -.-".

 Hmm .. bercerita dengan buku teks juga ada sesuatu perkara yang pelik berlaku sepatutnya buku teks Ranz semuanya ada 14 buah buku tetapi yang Ranz ini terlebih pula, buku tersebut adalah buku sains "DOUBLE" ish !! bila Ranz tengok buku itu kosong je tanpa nama aduh !.Apa-apa pun Ranz esok akan kembalikan buku teks uwahh ! u_u" hahaha.Okeylah setakat itu sahaja,~Happy Blogging Semua~.

P/S: Hantar Buku Teks Jom !

Saturday, October 20, 2012

:. Study Mathematic !


Salam,,
 Hye dan selamat petang semua ! huahh !! penatnya >.<".Tadi Ranz study mat memang susahlah mat ni ! >.<" sebab tak minat kan ? tapi alhamdulillah ada peningkatan sedikit setelah belajar ! ceh !,yang penting 1+1= 2 wippie boleh jawab ^^v gurau je >.<".Mathematic ni kalau nak jadi pandai cuma perlukan banyak latihan je ! insyahAllah boleh lah tu ^^v.


 Dari tadi Ranz asyik-asyik memerap dalam bilik je grr ! kali ini Ranz akan tampilkan diri Ranz ke ruang tamu ! oyeahh ! ^^v tengok tv !! ambil rimot tekan saluran 611 ceria ^^" haha macam budak lak Ranz ni ^^v.Apa-apa pun kepala Ranz tengah penuh ni ! aduhh ! sakit grr ! >.<".Katakan matematik is easy ! haha ! sebaliknya susahhhhnya ! >.<".Okeylah Ranz nak cau dulu.~Happy Blogging Semua~ ^^v

Thursday, October 18, 2012

:. Hari Ketiga Exam Apa Cerr ??!!


Salam,,
 Hye semua korang apa khabar ? hehe Ranz disini baik-baik je hehe :'3.Tak sangka sekarang ni da masuk hari ketiga Ranz exam hehe.Bagaimana dengan exam ? fulamak ! terlalu susah whooh ! macam Ranz nak cuci otak Ranz lah hahaha >.<".Tadi Ranz jawab paper BI arrghh ! >.<" susahlah juga sebab kurang sedikit fakta hohoho ceh ! >.<".Hmm.. walaupun Ranz jawab kesemuanya tanpa meninggalkan apa-apa soalan tetapi Ranz berasa tidak yakinlah >.<".



 Mujurlah paper 1 senang sedikit berbanding paper 2 >.<" dah lah susah ! banyak lagi tu Ranz tak suka bahagian-bahagian poem ?? hmm mana-mana je lah ! asalkan paper 2 memang susahlah haha ^_^".Esok paper apa ? hehe ^_^,nak tau tak esok paper apa ?? esok adalah paper sains 1 dan 2 fuuhh ! ^_^" hehe bunyi rungutan daripada owner blog ni ceh!!! >.<".Apa-apa pun Ranz nak out dulu hehe. ~Happy Blogging Semua ~


P/S: Exam !!! sekarang ni arggghhh ! >.<"
by : Pocoyo and Domo 

Monday, October 15, 2012

:. Esok Exam !!



Salam,,
 Malam ni Ranz nak tenangkan fikiran dulu lepas itu baru Ranz nak study hehe ^_^".Sekarang ni fikiran Ranz memang serabut lah >.<" sebab takut gagal grr !.Esok Paper Ranz adalah Sejarah paper 3 huhh ! ^.^" nasib baiklah boleh tengok buku teks huhh ! nasib-nasib kan ? ^_^".Hmm.. paper sejarah 3 ni ada lapan esei nak dibuat dalam masa 3 jam grr ! harap-harap Ranz boleh jawab sampai esei ke lapan hmm.. maklumlah Ranz ni kalau menulis macam siput haha ! tu lah Ranz risau ni u_u".



  Waktu exam yang lalu paper sejarah 3,Ranz hanya berjaya siapkan tujuh esei u_u" je manakala esei kelapan iaitu rumusan hanya setengah je Ranz dapat buat >.<" hmm.. itulah Ranz terlalu risau manalah tahu kalau-kalau Ranz tak berjaya siapkan semua esei tu >.<".Apa-apa pun doakan Ranz supaya dapat menjawab paper dengan lebih mudah InsyahAllah ^_^.Okeylah Ranz nak tenangkan fikiran dulu bye ^_^.~Happy Blogging Semua~ ^_^v


P/S: Esok Ada Exam Haha >.<"

Sunday, October 14, 2012

:. Selamat Pagi Semua !!



Salam,,
 Hye semua !! ^_^ hari ini Ranz terbangun awal lah hehe.Apabila je Ranz terbangun Awal pagi buta ni berasa indah pula hehe sunyi,sejuk dan menenangkan fikiran Ranz ^_^''.Sebenarnya Ranz nak update blog dari semalam lagi tapi hujan jadi line pun #low sangat >.<''.Diwaktu pagi ini nak buat apa ek ? dah lah senyap, semua pun belum bangun xD hehehe.

 Pagi-pagi sekarang ini agaknya sesuai untuk mengulang kaji kan ? hmm .. tetapi Ranz malaslah pula nak ulangkaji sekarang ini adoii !! -_- kenapalah perkataan #Malas selalu menemani Ranz >.<'' kenapa sikap #Rajin tak nak menemani Ranz :'( .Okeylah setakat itu sahaja hehehe.~Happy Blogging Semua~ ^_^.Apa-apa pun Selamat pagi dunia ceh !! ^_^'' hehe.


P/S:Selamat Pagi Semua ^_^''

Thursday, October 11, 2012

:. Jadual Exam ??



Salam,
 Wuahhhh ! hari ini Ranz baru tahu Jadual exam bila,so final exam akan bermula ?? jengjengjeng ! ^.^'' final exam akan bermula pada keesokkan harinya !! tidak !! x_x'' hehe.Sebenarnya esok cuma exam bagi kelas sains je fuuuuh ! nasib baik Ranz kelas ekonomi ^_^''.Kelas Ranz exam minggu depan start ! >.<'' pada 16 hingga 31 Oktober whuaah ! lamanya tu kan ?? ^_^''.

 Alamak Ranz lupalah nak cakap *Good  Luck* pada kawan rapat Ranz yang ada di kelas sains itu >.<'' adoii maafkanlah Ranz :'(.Ranz ingat final exam ni lama lagi rupanya !! minggu depan start bagi kelas Ranz dan lain-lain,Ranz takutlah tapi bukan takut dengan exam ok ! cuma Ranz takut Gagal tu je u_u''.Okeylah Ranz nak berehat dulu hehe :).~Happy Blogging Semua~ ^_^''.

P/S: Exam !! >.<'' adoooi penatnye ! :'(

Wednesday, October 10, 2012

:. Final Exam Nak Dekat ??? Part 2




Salam,,
 Hari demi hari exam semakin dekat Ranz berasa takutlah >.<'' sebab persediaan Ranz nampaknya belum mencukupi lagi -.-''.Final exam tak mahu ada ada gagal lagi walaupun satu je gagal.Time exam pertengahan tahun Ranz cuma dapat 1a je memang teruk,selepas ada 2 gagal but still lulus lah hehe ^_^''. Karang mesti study juga !! *ayat semangat* sebab dah dekat dah final exam ni !!.

 Apa tunggu lagi ewahh !! *tekanan jiwa* haha.. melawak sekejap ^_^''. Exam final ini telah membuatkan Ranz begitu berdebar-debar tak tau kenapa ?? padahal ia setakat peperiksaan je bukan SPM sebenar pun hehe ^^''.Hmm.. maknanya Ranz kena Rajinkan sikit dengan diri Ranz untuk membuat ulang kaji pelajaran !, kalau tidak jawapannya gagal lah ! kan ??.Okeylah setakat itu sahaja yang Ranz ingin berkongsi cerita dengan korang semua !.~Happy Blogging Semua~ ^.^


P/S:Exam !! tak lama lagi ! u_u''

:. Hari Ini Malas ??!!

                                         Malasnye.. u_u''

Salam,,
 Hye korang hehe :3,hari ini Ranz malaslah kenapa ek ?? *tanya diri sendiri*.Tengoklah hari ini Ranz tak pergi sekolah sebab gara-gara Malaslah juga wuhahaha ! -.-''.Bercakap tentang malas ni ?? membuatkan Ranz malas nak cakap dah hehe sebab semua pun tahu malas tu macam mana kan ?? >.<''.Hari ini perkataan  rajin tiada dalam senarai okey ?? jadi xD kalau bab malas-malas ni baru ada dalam senarai Ranz -.-''. Jom kita ketahui kenapa hari ini Ranz malas ! >.<''

 Pertama sekali yang membuatkan Ranz malas tak cukup tidur kot,hehe sebab semalam Ranz asyik-asyik main internet.Bagaimana dengan sebab yang kedua ?? *lalala* sabar Ranz ! >:(,cuba cakap satu persatu dulu hehe :3.Sebab yang kedua pula Ranz malas kerana tak siap kerja sekolah hehe ^_^'' tu lah menyebabkan Ranz malas nak pergi sekolah sebab kalau pergi sekolah bila time cikgu garang yang bagi kerja sekolah tu kalau dia tahu Ranz tak siap habis Ranz kena suruh jalan itik dari kelas ke kelas arggh!. :'(.
Sebab yang ketiga ialah Ranz malas nak tengok kawan Ranz yang tak sedar diri tu huh ! -.-''.Okey malas nak cakap pasal dia -.-''.

 Sebab yang terakhir Ranz malas sebab Ranz memang malas hari ini. Aik itu sebab ke ? haha mana-mana je lah ! ^_^''.Okeylah setakat itu sahaja yang Ranz sudih berkongsi cerita mengenai MALAS ! dengan korang semua.~Happy Blogging Semua~ ! ^.^

P/S Malas memang Malas -.-''

Monday, October 8, 2012

:. Macam Mana Boleh Minat Domo??



Salam,,
 Malam ini nampak sunyi je ... krik2 bunyi tu je dengar haha :).Jadi ?? Ranz nak update blog mengenai "Domo Lagi" haha :'3. Domo3x saya adalah peminat awak nak minta tanda tangan boleh *sakit jiwa* haha.Sejak Ranz minat domo ini dari tahun 2011 pada awal tahun tu hehe :).Permulaan Ranz tengok domo ni macam kotak yang biasa je sebab Ranz tak suka patung empat segi ni >.<".Bila lama-kelamaan Ranz nampak di blog abang Ranz iaitu kroleZONE tengok-tengok dalam blog itu ada banyak domo lah whuaaahh! comelnye ! smart lagi tu so?? disitu lah mula Ranz minat dengan domo hehe :-3.Banyak orang cakap dengan Ranz macam budak-budak tapi Ranz jawablah suka hati aku lah ! lu pa hal haha *ayat ganas* ngee.


 Asal je abang Ranz balik kat rumah kalau dia on internet mestilah abang Ranz tengok-tengok blog dia dulu.. jadi Ranz pun join tengok blog abang Ranz,time tu Ranz dah minat dengan domo jadi Ranz suka la join ngan abang hehe sebab di blog abang Ranz banyak gambar-gambar domo.Segala domo samurai lah,domo sedih lah comel sangat !! jadi ... begitulah ceritanya Ranz minat domo pun dari abang Ranz whuaahh ! :D.Kamilah  geng domo :D rawwkkk ! :O haha :D.Okeylah nak out dulu.Selamat Malam semua !! ^_^''.~Happy Blogging~.


P/S: Domo Memang Comel tau ! >.<''


:. Mengidam Coklat ??



Salam,,
  Ahhh ! dalam 1 hari teringin nak makan ''COKLAT'' pula haha >.<''. Coklat-coklat!!!! datanglah kesini !! ^_^'' haha *kerja gila*.Hari ini memang betul-betul lah nak makan coklat ni kenapa ek ?? selalunya orang mengandung je yang selalu mengidam kan ?? Ranz pun tak tau lah kenapa Ranz sering mengidam ni hehe :'3. Berkenaan dengan coklat sekarang ini Ranz nak coklat yang macam ni bila kita kunyah tu coklat,coklat itu akan cair dalam mulut kita eeee ! sedapnye >.<'' !!! hahaha !!.


 Grr ! sampai sekarang ini Ranz belum lagi menikmati untuk makan coklat ohhh tidakk !! :'( . Ranz pun nak juga macam perempuan yang kat gambar di atas tu kan ?? alahai ~.Korang-korang belanjalah Ranz coklat 1 hehe !! gurau je tu :'3.Apa-apa pun Ranz nak coklat !!! -.-'' huh ! sabar-sabar nanti ada le tuh kan ?? hehe :D.Okeylah Ranz nak out dulu.Happy blogging semua !! ^_^V ...


P/S : Coklat~!!

Sunday, October 7, 2012

:. Bilik tidur idaman ??

                        Nak bilik tidur yang macam mana ni???

Salam,,
 Sebenarnya Ranz teringin mempunyai bilik tidur yang cantik sekali whuaahh !!?? haha.Kalaulah bilik Ranz terlalu mewah,cantik dan sebagainya Ranz bersyukur lah hehe :3 *dream*.Ini lah antara bilik-bilik yang diidamkan oleh Ranz hehe :D,


 Bilik ini nampak simple sebab tak banyak hiasan yang diletak rasa2nya ia sesuai untuk Ranz kan ?? ^_^


Bilik ini pula nampak sangat cantik tapi macam bilik pompuan je kan ?? haha mana-mana je la asalkan cantik !! :D

 Okeylah setakat itu sahaja yang Ranz ingin kongsi cerita dengan korang semua.Selamat Malam ^.^'', sebenarnya ada banyak lagi itu bilik idaman Ranz tetapi Ranz malas cari hehe :''3

:. Akhirnya Selesai Juga !!!

                                      selesai 100% hehe ! ^.^v

Salam,,
Wuahhh ! baru selesai mengemas bilik tidur Ranz hehe :3 akhirnya bersih,licin,dan berkilat !! bebas dari kuman 100% opps terlebih sudah hehe :3 Ranz gurau je tu ^_^''. Huh! penat dan mengantuk lah ! >.<'' tetapi Ranz nak kongsi cerita juga hehe :3.

Okey-okey begini ceritanya mula-mula Ranz bersihkan kipas bilik,kipas tu penuh dengan habuk tu lah ! Ranz asyik2 hacuuuum2 je >.<''.Selepas sudah selesai membersihkan kipas itu,Ranz kemas buku-buku yang berselerak di atas meja belajar maklumlah kuat study kan ?? ceh! perasan je Ranz ni -.-''.Apabila Ranz sudah kemas meja belajar barulah Ranz menyapuh bilik waaah ! banyaknye habuk kat bilik Ranz ni kan ?? haha >.<'' time tu kerja Ranz asyik-asyik hacuuum2 saja sebab banyak habuk ish-ish,maklumlah menyapuh seminggu sekali memanglah banyak habuk sikit huhu ^_^''.

Selepas itu lagi Ranz kemas katil yang berselerak dengan apa ek ? tak tau name benda tu hahaha ! >.<'' dan akhirnya Ranz susun baju kat dalam almari hehe :'3.Jadi apa lagi ?? selesai lah !! hip2!! horeeeeh !! .. ^O^ . Okeylah setakat itu sahaja yang Ranz ingin berkongsi cerita dengan korang semua.Selamat petang semua ! ^.^''

Friday, October 5, 2012

:.Koleksi Gambar Kucing Comel :3

    Nak satu boleh tak ?? kucing ni comel betul lah hahaha :3 eeee.. nak jaga betul-betul supaya kucing Ranz gemuk ceh!!.


   kucing dua ekor ini dah la putih comel lagi tu,kalau-kalau kucing ini ada limpas dekat rumah conform Ranz ambik bawa masuk dan tutup pintu hehe :3 .


   Eeee ! kalau kucing yang berwarna putih memang Ranz terlalu suka ! haha :3 sebab 100% cute+cantik +besih dan sebagainya ... :D


Kucing ni dah lah gemuk dan comel lagi sekali ! >.<'' kalau ni boleh buat bantal peluk ni kan ?? O.o hehehehe :D


Kucing ini bulat hahahaha ! comel sangat kan,kalau boleh Ranz pelihara kucing ini baik-baik hehehehe :3

Thursday, October 4, 2012

:. Final Exam Nak Dekat ???

           tengah berfikir macam mana nak buat persediaan hehe


Salam,,
 Whaaah ! lama da tak update blog hehe sebab exam nak dekat dah! ^_^''.Ranz kalau boleh Ranz nak kurangkan sedikit bab online-online ni haha sebab Ranz tak mau buang masa ceh!.Buat masa sekarang ini Ranz ada buat persediaan sedikit sahaja dengan exam arghhh! rasa2nya tak cukup lah.Persedian yang kurang membuatkan Ranz takut dengan exam akhir tahun sebab Ranz tak nak ada GOAL haha faham2 je lah .Kalaulah keputusan akhir tahun ni ada G mesti hampee rasanya ee >.<''.

                                               Study-study !!

 Sekarang ini Ranz nak study tetapi Ranz malas lah hmm macam mana nk lulus kalau malas kan ?? Harap-haraplah keputusan akhir tahun ni Ok dengan ada usaha dan sebagainya cehh!! ^_^.Apa-apa pun exam akhir tahun ini Ranz nak buat yang terbaik jadi doakan Ranz semoga dapat menjawab dengan lebih baik hehe :3.Okeylah setakat itu sahaja yang Ranz ingin ceritakan kepada korang semua.Selamat Petang !!! ^^

Sunday, September 30, 2012

:. Di Keningau,Sabah Ada Apa ek ??

       ni gambar hiasan je ni Ranz lupa nak bawa camera haha ^_^''

Salam,,
Hari ini Ranz di keningau,sabah hmm.. bosan lah :'(,asyik2 stay di hotel je nama hotel tu Crown hotel. Sebenarnya Ranz di keningau sejak semalam lagi sebab bapa Ranz ada kuliah jadi Ranz pun terpaksa lah ikut dengan mak Ranz sekali hehe.Suasana di keningau macam di Kota kinabalu,tempatnya besar,best dan macam2 lah cuma yang bangunan2 di keningau ni tak berapa besar bukan macam kota kinabalu haha ^_^. Apa yang syok sana ?? sebenarnya yang syok sana barang2nya murah,berkualiti dan sebagainya.Bahkan disana orang-orangnya pun mesra alam hehe.Apa2 pun mak Ranz apa lagi ?? asyik2 menjenguk beg,tudung dan baju kurung di setiap kedai konon2 buat perbezaan yang mana bagus dan mana tidak bagus eeee .. ! penat Ranz angkat barang2 yang mak Ranz beli banyak betul >.<''.

Semalam Ranz ada pergi ke pasar malam dengan bapa Ranz.Kita orang beli lauk2 untuk makan malam. Menu makan malam kita orang adalah.. sayap ayam bakar,ikan bakar,sayur peria dan banyak lauk-lauk sayur hahaha tak tau name sayur tu ! ^_^'''.Selain daripada itu disitu kawasan pasar malamnya besar macam di KK haha.Ranz tak tau lagi nak cakap apa sebab di sana ada macam-macam haha !. Okeylah setakat itu sahaja yang Ranz ingin kongsi dengan korang semua.Selamat Tengahari :D.

Thursday, September 27, 2012

:. Apabila Jariku Kurang Menari


Salam,
Sejak kebelakangan ini Ranz jarang update blog sebab Ranz sibuk dengan hal-hal sekolah seperti ada kerja sekolah,nota dan sebagainya.Memang logiklah kalau Ranz cakap sibuk sebab sekarang ini masih alam persekolahan haha ! cuba korang fikir ? kalau alam percutian atau cuti panjang mesti setiap hari kan update blog kalau boleh dalam sehari nak update blog tiga kali dalam sehari haha :D.

Korang rasa kalau jari kurang menari di atas keyboard patut ka? mungkin ada hikmah disebalik ini hehe. hmm nak cakap apa lagi ek ? banyak sangatlah nak cakap sampai semua yang nak dikatakan hilang terus dalam ingatan hahahaha ! ^_^'' . Okeylah setakat itu sahaja yang Ranz ingin berkongsi cerita kepada korang semua selamat malam semua !! ^O^'' . ZzZZzZZz ..
Domo-kun Cute