Friday, August 31, 2012

:. Saya Minat Domo .:




Salam,
Hari ini Ranz begitu berasa bosan sehingga tak tau nak cakap apa? jadi Ranz mendapat ilham sedikit nak ceritakan tentang minat saya.Jadi topik kita pada hari ini ialah ''saya minat domo''.Ranz betul-betul minat domo tak tau kenapa?? sebab domo comel kot,ye ke ?? hehe .. tak tau kenapa Ranz betul-betul minat pada patung domo ^.^,kadangkala orang kata domo comel atau lawak sebab bentuk badannya pun empat segi haha cuma tambah tangan,kaki,mulut dan mata.Tetapi mengikut pendapat Ranz,Ranz minat sebab memang la muka patung domo tu comel tetapi yang Ranz minat sekali ia senang dilukis kan ?? cuba korang tengok betul-betul tu patung domo senangkan untuk lukis itu domo kan? orang yang tak pandai melukis pun boleh jadi *teror* haha.. ^.^

Selain itu,domo juga nampak simple saja,itulah! yang membuatkan Ranz begitu minat terhadap domo kerana Ranz suka benda-benda yang simple tidak banyak hiasan atau apakah? hehe. Yang penting Ranz teringin beli patung domo banyak-banyak ish-ish! macam budak kecil la saya ni ^.^ haha,Ranz gurau saja tu kalau sikap macam budak kecil hilanglah macho Ranz kan?

Natijahnya,apabila kita betul-betul minat dengan sesuatu yang kita minat jadikan ia sebagai minat kita,tetapi Ranz tak bermaksud benda yang tidak senonoh boleh dijadikan minat,cuma benda-benda yang baik saja haha.. ^.^ ok la setakat itu sahaja yang Ranz ingin berkongsi dengan korang semua.Selamat Malam.

:. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 55 .:



Salam,,
Alhamdulillah dah 55 tahun kita merdeka,merdeka dari penjajahan negara asing yang benar-benar membuatkan nenek moyang kita dahulu cukup terseksa.Jika kita mendengar kembali atau mengimbas kembali kisah mereka pasti kita berasa bersyukur sangat dengan apa kita kecapi pada hari ini ^.^ ..

Ranz disini ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 55 , marilah kita mengisi di waktu kemerdekaan ini dengan semangat patriotik untuk memupuk semangat perpaduan terhadap negara kita iaitu Malaysia.Ranz berasa sangat bersyukur kerana negara kita telah merdeka atas pengorbanan  nenek moyang kita sehingga negara kita merdeka!!. hmm.. Ranz tengok suasana  merdeka pada hari ini macam tiada  apa yang berlaku,bahkan macam dianggap biasa jek. Tetapi Ranz tak la bercakap yang Ranz ni terbaik cuma Ranz ingin memberitahu tentang isi hati Ranz.Ranz malaslah nak cerita panjang,pendek kata Ingatlah jasa pengorbanan nenek moyang kita tanpa mereka tak akan adanya Malaysia. kan? hehe ..

 Natijahnya, kita mestilah bertolak ansur,tolong menolong dan sebagainya supaya negara Malaysia tetap aman jadi kita mestilah menghindari perkara-perkara yang tidak bermoral, korang pun tahu apa   perkara-perkara yang tidak bermoral kan ? hehe .. supaya generasi kami akan datang tidak kucai kacir hehe ^.^.. Dengan itu sekali lagi Selamat menyambut hari kemerdekaan kepada warga Malaysia ikhlas daripada Ranz Blog ... Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!




Monday, August 27, 2012

:. Kebaikan Wudhu' Sebelum Tidur?


  Assalamualaikum wbt kepada pengunjung yang sudih membaca blog saya iaitu Ranz Blog.Pada hari Ranz ingin membincang tentang kebaikan whudu sebelum tidur.Rasulullah bersabda : barang siapa tidur di malam hari dalam keadaan berwudhu' maka malaikat akan mengikuti kamu,lalu ketika ia bangun nescaya malaikat itu berucap ''Ya Allah ampunilah hamba mu kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan yang suci''.
  Hah ! jadi apa salahnya ? kita rajinkan diri kita mengambil wudhu sebelum tidur malah lebih afdal lagi jika kita mengambil wudhu seperti kita mengikut sunnah Rasulullah saw..
  Natijahnya,sebelum tidur kita mestilah mengambil wudhu.Selain itu,basuh muka dan basuh kaki sebelum tidur pun harus dibuat juga sebab untuk keselesahan tidur. ^.^v ..

Friday, August 17, 2012

:. Mukadimah

  Ini adalah blog kedua saya iaitu Ranz Blog . Tujuan saya membuat blog tersebut supaya saya dapat mengisi masa lapang saya daripada membuat perkara-perkara yg membosankan. Saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu nama saya Md.Syukran B.Jusih.Umur saya 16 tahun,berasal dari beaufort,sabah. Saya berharap blog kedua tak lagi di hack oleh orang lain. Amin .. hehe walaupun, ayat saya tunggang terbalik yg peting ada mukadimah hehe.Tidak lupa juga nama semaran saya Ranz hehe..


 
gambar diatas itu adalah saya haha ..
Domo-kun Cute