Sunday, September 30, 2012

:. Di Keningau,Sabah Ada Apa ek ??

       ni gambar hiasan je ni Ranz lupa nak bawa camera haha ^_^''

Salam,,
Hari ini Ranz di keningau,sabah hmm.. bosan lah :'(,asyik2 stay di hotel je nama hotel tu Crown hotel. Sebenarnya Ranz di keningau sejak semalam lagi sebab bapa Ranz ada kuliah jadi Ranz pun terpaksa lah ikut dengan mak Ranz sekali hehe.Suasana di keningau macam di Kota kinabalu,tempatnya besar,best dan macam2 lah cuma yang bangunan2 di keningau ni tak berapa besar bukan macam kota kinabalu haha ^_^. Apa yang syok sana ?? sebenarnya yang syok sana barang2nya murah,berkualiti dan sebagainya.Bahkan disana orang-orangnya pun mesra alam hehe.Apa2 pun mak Ranz apa lagi ?? asyik2 menjenguk beg,tudung dan baju kurung di setiap kedai konon2 buat perbezaan yang mana bagus dan mana tidak bagus eeee .. ! penat Ranz angkat barang2 yang mak Ranz beli banyak betul >.<''.

Semalam Ranz ada pergi ke pasar malam dengan bapa Ranz.Kita orang beli lauk2 untuk makan malam. Menu makan malam kita orang adalah.. sayap ayam bakar,ikan bakar,sayur peria dan banyak lauk-lauk sayur hahaha tak tau name sayur tu ! ^_^'''.Selain daripada itu disitu kawasan pasar malamnya besar macam di KK haha.Ranz tak tau lagi nak cakap apa sebab di sana ada macam-macam haha !. Okeylah setakat itu sahaja yang Ranz ingin kongsi dengan korang semua.Selamat Tengahari :D.

Thursday, September 27, 2012

:. Apabila Jariku Kurang Menari


Salam,
Sejak kebelakangan ini Ranz jarang update blog sebab Ranz sibuk dengan hal-hal sekolah seperti ada kerja sekolah,nota dan sebagainya.Memang logiklah kalau Ranz cakap sibuk sebab sekarang ini masih alam persekolahan haha ! cuba korang fikir ? kalau alam percutian atau cuti panjang mesti setiap hari kan update blog kalau boleh dalam sehari nak update blog tiga kali dalam sehari haha :D.

Korang rasa kalau jari kurang menari di atas keyboard patut ka? mungkin ada hikmah disebalik ini hehe. hmm nak cakap apa lagi ek ? banyak sangatlah nak cakap sampai semua yang nak dikatakan hilang terus dalam ingatan hahahaha ! ^_^'' . Okeylah setakat itu sahaja yang Ranz ingin berkongsi cerita kepada korang semua selamat malam semua !! ^O^'' . ZzZZzZZz ..

Sunday, September 23, 2012

:. Bila Nak Siap Ni !!!??



Salam,,
Wahhh! lama dah tak update blog ni hehe.Ranz sibuklah dengan kerja sekolah eeee >.< .Nasib baiklah kerja sekolah Ranz tinggal satu je iaitu nota tasawwur -.- .Huh! ada 7 bab lagi nak buat wow ! hebatnyaaa Ranz ni (perasan je budak ni -.-) grr!.Korang rasa Ranz boleh siapkan nota ni dalam masa 1 hari ni ? hmm.. harap-haraplah nota ni siap kan ?. Sebenarnya nota ni hendak dihantar esok tu la Ranz rasa nak siapkan hari ini juga !!! (semangat) haha.

Bila nak siap ni !!! banyak betul lah nak dibuat ni huh! >.< .Ranz hairan lah bila je nak buat ni nota mesti Ranz MALAS huh macam mana nak siap ni kalau malas?? hahaha.Bertenang Ranz haha! :3 buat je yang termampu ngee.. sikit-sikit cili padi lama-lama jadi bukit kan ?? haha.. :D .Okeylah Ranz tak nak buang masa ni haha,masa itu Emas tau !.Ok2 setakat itu sahaja yang Ranz ingin kongsi cerita pada korang semua.Selamat Pagi ! ^_^. Hari ini mesti siap !!! grrr -.-''

Tuesday, September 18, 2012

:. Koleksi Cerita Lawak .:


haha ini lah akibat terlampau minat pada cerita nada cinta sampai tak boleh tukar cerita lain ! kalau tukar   puk!! kena tampar huh! free lagi tu kena TAMPAR >.<



Ranz pun lemah dalam mata pelajaran mat juga arghh >,< hanya orang yang lemah je yang tahu haha ! xD .. alahai malas da nak kira aha! X_X ..




Blur seketika haha ! . . .  >.<''.Grr! **** punya pemandu teksi opps terlebih sudah :D .


Okeylah setakat itu sahaja yang Ranz ingin berkongsi kepada korang semua haha.Selamat Malam ^_^ . Apa-apa pun ini sekadar lawak je kalau tak lawak apa boleh buat haha ! :D .. K la nak ZzZzZ







Monday, September 17, 2012

:. Hari Ini Saya Demam .:



Salam,,
Hari ni Ranz demam pula hehe.. badan pun rasa lemas sangat,tak larat lah nak buat kerja dan macam-macam ada hahaha ! -.-.Selepas itu, Ranz asyik-asyik memerap dalam bilik je dalam sehari ini huh! menyampah betul Ranz! macam anak dara pula Ranz ni asyik-asyik memerap di dalam bilik ni eeee! >.< .Nasib baik lah time sekarang ni tak banyak kerja sekolah dibagi  oleh cikgu kalau lah banyak conform semua tak siap.Yang penting kerja Ranz di dalam bilik asyik-asyik bergolek-golek di atas katil tu je yang Ranz mampu u_u'',kalau nak berjalan pula macam orang mabuk je ! bagus lagi stay dalam bilik haha ^_^

Sekarang ni tengah bosan la ni,sambil-sambil tu Ranz nyanyi lah dalam bilik.Nak dengar tak Ranz nyanyi ? haha ''pusing ke kanan,pusing ke kiri opocot ! nyaris-nyaris Ranz nak jatuh dari katil huh! >.<'' haha gurau je tu  mana ada Ranz nyanyi dalam bilik saja je tu nak buat lawak kan ?? hahaha.Apa-apa pun Ranz hari ini memang demam dan tak tau lagi nak terangkan macam mana lagi haha >.<.Okey lah setakat itu sahaja yang Ranz ingin kongsi dengan korang semua.Selamat Petang ! ^_^.

Saturday, September 15, 2012

:. Tolong Kawan Amalan Mulia .:



Salam,,
Wah akhirnya selesai juga Ranz tolong Kawan Ranz yang menghadapi masalah.Harap-harap dia happy lah  dengan apa yang Ranz tolong dengan dia.Nak tau tak kerja apa yang Ranz tolong dengan dia, nk tau tak? puncak gunung everest !! opps terlebih sudah ! haha gurau je hehe (lawak tak jadi).Sebenarnya biarlah dirasiakan nanti malu pula dia bila dia baca blog Ranz ni hehe :3.

Ok2 sebenarnya dua tiga hari ni muka dia monyok semacam je bad mood lah macam-macam lah ! . Ranz pun malas lah nak layan sebab tak nak jaga tepi kain orang.Bila je mahu pulang sekolah Ranz tanya sama dia,Ranz berasa kesihan pula bila tengok dia macam tu.Ni hah yang Ranz tanya sama dia ''awak ada masalah ke ni?'' dan dia jawab ''ada'',selepas tu Ranz cakap'' saya nak tolong awak'',dan dia cakap ''okeylah' .Selepas tu dia bagi satu benda yang dia tak boleh buat then Ranz pun cakap boleh lah ^_^ (time mood yang baik).Selepas tu Ranz buat lah tu kerja sejurus selepas balik sekolah (alamak lupa makan tengahari). Kemudian semasa tengah membuat tu kerja Ranz pun bingung susah juga tapi Ranz cuba dan akhirnya siap baru je tadi siap tu kerja alhamdulillah.Untuk pengetahuan korang Ranz tadi ada sekolah cuti ganti hari raya huhu.

Akhir sekali,Ranz harap dia tidak lah monyok selepas ni dan Ranz harap apa yang Ranz tolong sama dia,dia menghargai apa yang Ranz telah tolong selepas ni conform Ranz tak nak tolong huhuhu gurau je.Okeylah setakat itu sahaja yang Ranz sudi nak kongsi cerita kepada korang semua.Selamat petang ! ^_^




Thursday, September 13, 2012

:. Mimpi Yang Pelik



Salam,,
Hari ini Ranz nak kongsi cerita ni,semalam Ranz bermimpi tapi pelik lah ? tak macam biasa Ranz mimpi macam tu ish3 >.<''. Biasanya Ranz mimpi macam mimpi ngeri,mimpi seronok dan mimpi sedih hehe,kalau boleh mimpi kosong pun dia juga hehe ^.^. Mimpi Ranz semalam adalah aaaaa... (tengah imbas kembali). Hah! tentang seorang bayi yang sering ikut Ranz dalam mimpi Ranz lah.

Begini mimpi Ranz,waktu Ranz jalan-jalan di tepi jalan raya tiba-tiba ada seorang bayi tapi Ranz tak tau sama ada lelaki or perempuan sering mengikut Ranz dari belakang,apabila Ranz lari bayi tu pun lari dan apabila Ranz berhenti bayi tu pun berhenti,selepas itu Ranz menoleh ke belakang bayi tu pun menoleh ke belakang juga peliknya tapi yang lain-lain Ranz da tak ingat lah.Persoalannya apa hikmah disebalik mimpi ni?? huh! -.-.Yang penting muka bayi tu tak jelas lah >.< dan kulitnya berwarna putih kot hehe.Pelik kan mimpi Ranz? huhu.Kalau boleh Ranz tak nak mimpi yang pelik-pelik tau ! nanti Ranz tertanya-tanya >.<, harap-harap lah mimpi takkan ada karang malam fuhh.Okeylah setakat itu sahaja yang Ranz nak kongsi cerita dengan korang semua selamat petang ^.^.

Wednesday, September 12, 2012

:. Penatnya! Selepas Balik Sekolah Part 1



Salam,,
Hari ini Ranz begitu sangat penat fuhh!! (jeritan penat) -.- setelah balik sekolah.Sampai Sekarang ni Ranz masih penat dan asyik-asyik baring di atas katil dah pun penat kan?? memang la macam tu hehe ..Ranz di sekolah tiada apa sebarang pun membuat aktiviti yang lasak -.- cuma macam kebiasaan je hehe.Ranz berasa pelik lah asal balik dari sekolah mesti penat sangat kenapa ek ? adakah Ranz ni tak aktif ?? atau apa-apa je lah O.o.

Apabila je lepas balik sekolah mood Ranz lebih kepada tidur ZzZz.Kalau sekejap je tak mengapa.. ni bukan main lama lagi Ranz tidur walaupun Ranz dalam keadaan yang tidak selesa seperti belum mandi lah hoho.Sekarang ni Ranz belum lagi buat satu kerja apa pun eee.. di mana lagi kerja sekolah,cuci baju,buat nota macam-macam lah hish!.Sejak Ranz meningkat ke form 4 ni banyak je masalah yang tidak selesai.Persoalannya kenapa Ranz penat apabila lepas balik sekolah ?? dah lah banyak kerja sekolah sepatutnya Ranz mesti siapkan kerja dengan lebih cepat.Semakin banyak kerja,maka semakin cepat bertindak.Tetapi Ranz tidak semakin banyak kerja semakin malas -.- huh !.


Pada hari ini Ranz begitu penat lah ! sampai nak tertidur semasa tengah update blog sekarang ni.Ok lah memandangkan Ranz begitu letih sangat,Ranz nak berehat dulu.Setakat itu sahaja yang Ranz sudih berkongsi dengan korang semua.Selamat Petang ! ^.^

Friday, September 7, 2012

:.Minggu Ini Adalah Minggu Yang Paling Sibuk huh!


Salam,,
Akhirnya Ranz dapat update blog juga hehe ^^ (gembira le tu).Minggu ini Ranz sibuk dengan
hal-hal mengenai sekolah maknanya berkenaan dengan kerja sekolah le tu huh!.Kerja sekolah Ranz bertimbun pada minggu ni tak tau kenapa ? huh penat betul lah Ranz sampai nak bahagikan masa pun tidak tentu arah dibuatnya :'( .

Mengenai dengan bahagikan masa pula ? eee .. memang hampa sangat bagi Ranz,masa buat kerja sekolah Ranz lebih banyak berbanding masa ulang kaji pelajaran huh ! (marah cehh).Minggu ni,betul-betul la
memenatkan Ranz asyik-asyik buat kerja sekolah saja tetapi Ranz on je dengan kerja sekolah sebab kalau tak buat kerja sekolah pun mestilah kena marah oleh guru wekwek.Apa-apa pun minggu ini memang paling sibuk !! argghh! sampai nak update blog pun tak dapat ni la kan kalau budak sekolah huhu ^^.


 Yang terakhir sekali,Alhamdulillah sekarang ni Ranz dapat berehat hehehe,Ranz betul-betul bersyukur pada Allah SWT kerana jiwa Ranz tenang sekarang ni berbanding kemarin punya kemarin huh tak tau nak cakap apa! haha .Setakat itu sahaja yang Ranz nak kongsi cerita dengan korang semua selamat malam ^^.

Sunday, September 2, 2012

:. Main Badminton Di Waktu Petang Bersama Abang .:



Salam,
Pada hari ini Ranz bermain badminton di waktu petang kira-kira jam 5.30 petang bersama abang Ranz , huh ! syoknyee ! hehe .. ini lah kalau jarang bermain badminton bersama abang memang macam-macam perasaan yang timbul di fikiran kita.Contohnya,gembira,seronok dan macam-macam ada hehehe.

Hah! ini yang Ranz nak cerita sangat pada korang semua ^.^ . Semasa kita orang bermain badminton,Ranz asyik-asyik pungut bola tangkis ehem ! .Maknanya,Ranz asyik-asyik kalah lah tu hahaha tapi Ranz on ja langsung tidak merungut,kalau asyik-asyik merungut saja sebab kalah dengan abang memang lah tidak seronok,bahkan kalau boleh mesti nak habiskan permainan badminton dengan lebih cepat sebab tidak tahan dengan rungutan Ranz haha tidak mustahil kan ?. Yang penting abang Ranz memang terbaik ! memang susah nak kalahkan dia cis! hehe ^.^.

Selepas sahaja habis bermain badminton bersama abang Ranz,badan Ranz sekarang ni tiba-tiba sakit,
huh! tu la tidak panaskan badan terlebih dahulu atau keluarkan peluh sedikit ke apa ke? sebelum bermain badminton huhuhu,kan dah kena u_u wahahaha!.Memang sakit lah sehingga sekarang ini tak pandai baik-baik juga yang penting memang syok la bermain badminton dengan abang di waktu petang kan? hehe.Okeyla setakat itu sahaja yang Ranz nak kongsi dengan korang semua.Selamat malam dan Assalamualaikum . ZzZz.

:.Hilang Mood Saya Di Waktu Petang.:



Salam,,
Pada hari ini Ranz betul-betul hilang mood pada waktu petang huhu ^.^,jadi topik kita pada hari ini ialah ''hilang mood saya di waktu petang'' hehe. Di waktu petang Ranz on facebook sekejap kira-kira jam 2ptg dan tiba-tiba kawan Ranz on facebook apa lagi ? Ranz chat lah sama kawan Ranz itu.Chat yang permulaan memang la ok,bila chat Ranz da hampir tengah-tengah mula lah kawan Ranz itu cari pasal dengan Ranz huh !

Dah sampai chat Ranz dengan kawan Ranz di bahagian tengah-tengah,memang lah kita orang bergaduh sebab dia yang mula dulu jadi Ranz memang tak puas hati.Gaduh punya gaduh kawan Ranz kata dia gurau saja jadi Ranz punya temperature mula la menurun.Ranz kata fikir la dulu sebelum nak gurau bersama kawan-kawan bukan apa nanti mana la tau kalau kita gurau tanpa kita fikir terhadap kesan dan akibat akan membuatkan putus hubungan sahabat.Selepas itu,apa kawan Ranz kata?? dia kata Ranz cari pasal pula,logik ka ?? Ranz beri nasihat sedikit tapi dia kata Ranz cari pasal eee ! geram betul saya ! . Bila sampai chat yang terakhir kita orang bergaduh balik haha .. gaduh punya gaduh lagi akhirnya kawan Ranz kalah hahaha !.. Nak tau apa kesudahannya ? Ranz hilang mood sangat macam tak puas hati, tapi Ranz maafkan je lagipun dia kawan Ranz juga, Ranz pun kenal macam mana perangai dia haha.Yang penting mood Ranz memang o%  boleh dikatakan.Memang tiada mood.

Natijahnya,kita mestilah berfikir dahulu sebelum nak cakap apa-apa benda takut-takut nanti tersalah cakap dan salah faham sehingga menjadikan hubungan sabahat putus ingat tu!.Jangan jadi macam kawan Ranz tak fikir sebelum cakap kan da kena *maki* free lagi tu huhu .Okey la setakat itu sahaja yang Ranz ingin cerita dengan korang semua hehe.Selamat Malam
Domo-kun Cute