Sunday, September 2, 2012

:. Main Badminton Di Waktu Petang Bersama Abang .:



Salam,
Pada hari ini Ranz bermain badminton di waktu petang kira-kira jam 5.30 petang bersama abang Ranz , huh ! syoknyee ! hehe .. ini lah kalau jarang bermain badminton bersama abang memang macam-macam perasaan yang timbul di fikiran kita.Contohnya,gembira,seronok dan macam-macam ada hehehe.

Hah! ini yang Ranz nak cerita sangat pada korang semua ^.^ . Semasa kita orang bermain badminton,Ranz asyik-asyik pungut bola tangkis ehem ! .Maknanya,Ranz asyik-asyik kalah lah tu hahaha tapi Ranz on ja langsung tidak merungut,kalau asyik-asyik merungut saja sebab kalah dengan abang memang lah tidak seronok,bahkan kalau boleh mesti nak habiskan permainan badminton dengan lebih cepat sebab tidak tahan dengan rungutan Ranz haha tidak mustahil kan ?. Yang penting abang Ranz memang terbaik ! memang susah nak kalahkan dia cis! hehe ^.^.

Selepas sahaja habis bermain badminton bersama abang Ranz,badan Ranz sekarang ni tiba-tiba sakit,
huh! tu la tidak panaskan badan terlebih dahulu atau keluarkan peluh sedikit ke apa ke? sebelum bermain badminton huhuhu,kan dah kena u_u wahahaha!.Memang sakit lah sehingga sekarang ini tak pandai baik-baik juga yang penting memang syok la bermain badminton dengan abang di waktu petang kan? hehe.Okeyla setakat itu sahaja yang Ranz nak kongsi dengan korang semua.Selamat malam dan Assalamualaikum . ZzZz.

:.Hilang Mood Saya Di Waktu Petang.:



Salam,,
Pada hari ini Ranz betul-betul hilang mood pada waktu petang huhu ^.^,jadi topik kita pada hari ini ialah ''hilang mood saya di waktu petang'' hehe. Di waktu petang Ranz on facebook sekejap kira-kira jam 2ptg dan tiba-tiba kawan Ranz on facebook apa lagi ? Ranz chat lah sama kawan Ranz itu.Chat yang permulaan memang la ok,bila chat Ranz da hampir tengah-tengah mula lah kawan Ranz itu cari pasal dengan Ranz huh !

Dah sampai chat Ranz dengan kawan Ranz di bahagian tengah-tengah,memang lah kita orang bergaduh sebab dia yang mula dulu jadi Ranz memang tak puas hati.Gaduh punya gaduh kawan Ranz kata dia gurau saja jadi Ranz punya temperature mula la menurun.Ranz kata fikir la dulu sebelum nak gurau bersama kawan-kawan bukan apa nanti mana la tau kalau kita gurau tanpa kita fikir terhadap kesan dan akibat akan membuatkan putus hubungan sahabat.Selepas itu,apa kawan Ranz kata?? dia kata Ranz cari pasal pula,logik ka ?? Ranz beri nasihat sedikit tapi dia kata Ranz cari pasal eee ! geram betul saya ! . Bila sampai chat yang terakhir kita orang bergaduh balik haha .. gaduh punya gaduh lagi akhirnya kawan Ranz kalah hahaha !.. Nak tau apa kesudahannya ? Ranz hilang mood sangat macam tak puas hati, tapi Ranz maafkan je lagipun dia kawan Ranz juga, Ranz pun kenal macam mana perangai dia haha.Yang penting mood Ranz memang o%  boleh dikatakan.Memang tiada mood.

Natijahnya,kita mestilah berfikir dahulu sebelum nak cakap apa-apa benda takut-takut nanti tersalah cakap dan salah faham sehingga menjadikan hubungan sabahat putus ingat tu!.Jangan jadi macam kawan Ranz tak fikir sebelum cakap kan da kena *maki* free lagi tu huhu .Okey la setakat itu sahaja yang Ranz ingin cerita dengan korang semua hehe.Selamat Malam
Domo-kun Cute