Wednesday, October 16, 2013

Selamat Tinggal Blog :'(

 Assalamualaikum dan selamat petang , hari ini dah deactive #FB dan off #TWITTER , #HABBO serta #HANDPHONE. Aku nak belajar dalam waktu ni tahulah kalau aku online mesti aku main game takpun #YOUTUBE hah !? aku lupa youtube :p. Kali ini aku taknak buang masa aku nak manfaatkan masa aku dengan baik aku tak nak menyesal nanti aku nak berjaya dalam hidup. Tak sangka tahun ini aku menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) .

#Doakan Ranz supaya dapat menjawab dengan lancar ketika menjawab paper.
#Minta maaf kalau terkasar bahasa dekat sabahat setia Ranz blog.
#Doakan juga semoga Ranz sihat dan jauh daripada benda tidak diingini.
#Hanya tinggal 21 hari dari sekarang.
#Penggunaan internet dan game akan cuti dari hari ni sampai 27 november 2013(my birthday).
#Blogger Krole "ko jangan lupa doakan aku dan tulis entry pasal adikmu ini #JOKE. 
#Selamat tinggal :'( . 

TIME TO STUDY . . TO BE CONTINUE AND COMING SOON WE WILL MEET!

Saturday, September 28, 2013

Hobi saya

 Salam,hari ni sementara mr.ranz tengah rest2 ni eloklah ranz nak kongsi tentang minat ranz ni </3.Sejak dari kecil lagi ranz minat menjadi seorang photography tak tau kenapa?yang penting bab2 photography memang ranz sangat suke!! (angkat dua belah tangan buat muka derkkk) tetapi ranz teda camera canggih hmm.. ranz betul2 nak cuba improve bakat ranz ni.

 Serius!..ranz memang suka menyanyi tetapi malangnya suara ranz macam suara katak pulok tidakkk! ranz sentiasa menyanyi apabila ranz berasa stress terutama bila larut malam.. btw ranz memang minat dalam nyanyian.

  ranz suka melukis semua benda menarik terutama sii domo yang bergigi tajam tu cuba korang tengok lukisan ranz perghhh! hebat,perfect,dan lukisan tak berapa nak luar biasa pun (padahal buruk bah). In syah Allah ranz akan cuba improve dalam bidang lukisan ne.Okey got to go ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARUKATUH :)



Friday, September 13, 2013

Study PDG..

Salam,Ranz tahu sekarang ni banyak sudah orang tidur tetapi aku?"jadi burung hantu" sebab aku nak study-study perdagangan[pdg].Apa apa orang cakap tentang cara aku?terima kasih jela ngeee. . .

Ini lah sumber rujukan aku.. memang senang faham dengan buku ni terlalu simple kalau ada yang kurang aku rujuk buku teks kalau tak pun aku rujuk dalam internet. . kalau paling malas aku fikir logik je fuhhhyooo.

Sambil aku study dalam 30 minit gitu pastu aku main game ni diamond dash pastu aku study balik kenapa macam tu?sebab kalau aku study ja mesti mood aku nak tidur so aku ambil sedikit inisiatif yang betul-betul ngam dengan aku .. Okeylah Ranz nak cau dulu nak sambung balik study :) Assalamualaikum warahmatullah hiwabarukatuh dan selamat malam :) doakan Ranz supaya dapat menjawab dengan lancar esok.

Thursday, September 12, 2013

Tinggal menghitung hari

Ranzzz !! oh Ranzzz !! kini kurang dari 2 bulan untuk tibanya #SPM perrghh ! takutnya aku dah lama tak update blog ni sebab aku memang sibuk start bulan 6 sehingga kini saya risau dengan #SPM takpalah aku just belajar ja selagi boleh dan perlukan banyak buat latihan soalan ramalan n blablabla.
Kalau result #SPM aku bagus..? hmm rasanya aku akan bernazar puasa 3 hari itu janji aku.In syah Allah kalau Ranz dah usaha dengan bersungguh-sungguh mesti dapat result bagus.Apa2pun time #SPM aku cuba elakkan daripada tersilap serta aku nak manfaatkan masa aku untuk semak semula jawapan time #SPM tu.Skang ni aku tengah trial #SPM  tinggal 2 paper lagi harap-haraplah lulus semua.Okeylah gua nak cau dulu ~ ~ wehh Assalamualaikum warahmatullahhiwabarukatuh :) n selamat malam.



Thursday, May 30, 2013

Indahnya Islam

Assalamualaikum kebetulan waktu ni magrib Ranz update blog. Apa-apa pun enjoy your reading semoga dengan apa semua dapat memberi ikhtibar daripada photo2 tersebut.















P/S Indahnya islam kalau kita dapat dalami ilmu islam dengan lebih sempurna ^_^

Wednesday, May 29, 2013

Wanita Solehah

 
Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
Faktor Yang Merendahkan Martabat Wanita
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah.
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
" Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: ertinya:
" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."
3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.
Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan; perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita yang solehah.

 P/S Pakai tudung biarlah kerana Allah S.W.T jangan nak menunjuk-nunjuk serta kerana terpaksa.

Sunday, April 21, 2013

7 Sunnah Rasulullah SAW


Assalamualaikum dan selamat pagi hari ini rasanya nak kongsikan cerita tentang sunnah-sunnah Rasulullah SAW."Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. 

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan. 

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah: 

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. 

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. 

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. 

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. 

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah". 

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. 

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Saturday, April 20, 2013

Warna Kegemaran Rasulullah



Selama ini kita mungkin hanya mengetahui bahawa warna hijau menjadi kegemaran Nabi Muhammad , sebagaimana tanggapan dan momokan sesetengah pihak bahawa hanya warna tersebut sahaja yang beridentitikan Islamik atau digemari Rasulullah .

Rasulullah  tidak pernah menetap dan menentukan sebarang warna untuk dipakai umatnya. Sebenarnya Baginda  turut menyukai warna hitam, putih (baidha’), kelabu dan pelbagai warna lain dalam urusan biasa.
Selain itu Rasul juga ternyata menyukai warna putih. Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin berkata : Yang amat disukai oleh Nabi ﷺ ialah warna putih.”
Ketika beribadat Rasulullah  juga suka berpakaian putih, dan dalam urusan rasmi Baginda sering memakai pakaian hitam bagi menunjukkan kerendahan diri.

1.  Daripada Ja’far bin Amr bin Huraits r.a., dia berkata: “Sesungguhnya Rasulullah berpidato di hadapan umat, Baginda memakai serban hitam.” 

2.  Ibnu Ady meriwayatkan dari Jabir r.a yang berkata: “Aku pernah melihat Nabi memakai serban hitam yang dipakainya pada hari raya…”

3.  Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah  adalahhijau.”

4.  Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan: “Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, sesudah putih.”

5.  Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata : “Pernah Nabi  keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna kelabu.”

6.  Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir r.a katanya : “Pernah Rasulullah berpakaian yang bercorak merah pada dua hari raya dan pada hari Jumaat.”

7.  Ada juga keterangan bahawa Nabi Muhammad  pernah memakai pakaian berwarnahitammerah hatikelabu dan warna campuran.

8.  Imam Bukhari meriwayatkan hadis dari Anas r.a, beliau pernah melihat : “Nabi menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak warnanya.


Semoga dapat dijadikan panduan dan manfaat bersama…

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Friday, March 22, 2013

Public Speaking

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan blogger,walaupun dah jauh malam ranz memang takkan pandai mengantuk *joke*.Korang nampak perkataan "Public Speaking" hah! itulah esok ada oral test bi.Perasaan ranz sekarang lilek je tapi macam mana dengan hari esok ? ahhhh takutnya bukan apa ranz jarang speaking london depan cikgu ranz sebab bila nak speaking ja mesti ada saja salahnya haha. Oh ya ? berkaitan dengan oral test tu berkenaan dengan "Everyday Heroes" ranz punya everyday heroes tu adalah cikgu hehehe.

Korang nak tahu oral test tu berapa lamanya ? 5 minit + 1 minit extra fuyyo! rasanya ranz tak sampai pun 1 minit kalau begitu.Sekarang ni ranz cuba memahami dan menghafal apa yang nak dicakap di depan tu nanti sebab dah nama "Public Speaking" mana boleh bawa text haha kalau bawa juga itu bukan public speaking itu public reading ngee.Rasanya itu sahaja dari ranz good bye.Happy Blogging -btw-

Monday, March 4, 2013

Hikmah Membaca Al-Quran

Assalamualaikum,yeahh ! baru balik dari sekolah Ranz ni fuh ! banyak kerja sekolah cikgu beri -.-".Apa kata jom kita muhasabah diri dengan membaca Al-Quran insyaallah apabila kita membaca Al-Quran akan mendapat kebaikan-kebaikannya.Baru tengok Al-Quran dah dapat pahala apatah lagi jikalau kita amalkan selalu membaca Al-Quran mesti berlipat-lipat kali ganda pahala diberi subahanallah indahnya islam kan ?..

Antara kebaikan membaca Al-Quran ialah;-


1. Satu huruf yang dibaca diberi satu kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipatkan gandakan sepuluh, 
 apat tempat istimewa diakhirat dengan lebih baik bacaan/tartil lebih tinggi kedudukannya. 

2. Mendapat tempat istimewa diakhirat dengan lebih baik bacaan/tartil lebih tinggi kedudukannya. 

3. Ibadat yang paling mulia di antara ibadat.
 
4. Dapat menghidar dari hati menjadi berkarat
 
5. Rumahnya dikunjungi malaikat dan banyak kebaikannya. Syaitan menjauhi rumah tersebut
 
6. Pembaca al quraan disayangi Allah swt dan Rasul saw
 
7. Allah memuji pembaca alquraan di hadapan malaikat
 
8. Allah swt menghujani rahmat ke atas pembaca al quraan
 
9. Mententeram jiwa yang resah
 
10. Al quraan menemani pembacanya di dalam kubur dari siksaan Mungkar dan Nangkir serta mengatur untuk simati dpd malaikat dari syurga tempat tidur dari syurga yg dipenuhi bauan kesturi
 
11. Rasulullah swt bersabda: "dihari pengadilan, di hadapan Allah swt , tiada syafaat yg lebih baik darjatnya dari al Quraan, mahupun dari nabi atau malaikat".
 
12. Dapat membina akhlak yang baik
 
13. Rasulullah saw bersabda: "Bacalah oleh kamu al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya." (Hadis riwayat Muslim)
 
14. Rugi bagi orang yang kurang gemar membaca al-Quran kerana Rasulullah banyak menyebut dalam hadis faedah dan fadilat membaca al-Quran.
 
15. Pembaca al-Quran dinaungi dengan payung rahmat. Dikelilingi malaikat dan diturunkan Allah kepadanya ketenangan dan kewaspadaan.
 
16. Pembaca al-Quran dikurniakan hatinya dengan cahaya oleh Allah dan dipelihara-Nya daripada kegelapan.
 
17. Pembaca al-Quran, hatinya tidak gundah dan terlepas daripada kesusahan pada hari kiamat. Hal ini kerana dia sentiasa dalam pemeliharaan dan penjagaan Allah.
 
18. Rahmat membaca turut diberi kepada ibubapanya pada hari kiamat dengan mahkota yang bercahaya.
 
19. Mendapat kedudukan yang tinggi disyurga mengikut tartil


Dengan itu kita sentiasalah amalkan membaca Al-Quran supaya kita boleh peroleh manfaat di dunia dan di akhirat ameeen :).Happy Blogging Alls

Sunday, March 3, 2013

Selamat Hari Jadi Buat Ibuku Yang Tersayang

Assalamualaikum Ranz disini ingin mengucapkan selamat hari jadi buat ibuku yang tersayang.Ranz betul-betul nak ucap terima kasih sangat-sangat kepada ibuku(abai) kerana sanggup jaga Ranz sejak dari baby hingga ke hari ni :').Saya nak minta ampun sangat-sangat jikalau Ranz selalu menyakiti hati ibu :"(.Tak sangka sekarang ni umur ibu(abai) sudah 53 tahun huhu.Sempena hari lahir ibu Ranz nanti Ranz nak minta doa dari ibu Ranz supaya Ranz boleh jawab SPM dengan sebaik-baiknya maklumlah sebab doa ibu kepada anak sangat mujarab ataupun makbul.
Yang kat tengah-tengah itulah ibu Ranz dan sebelah kanan dan kiri itu adalah kakak ipar ^^" Ranz beri tahu terlebih dahulu sebelum korang BLUR nanti :p.Ranz takde gambar ibu yang solo-solo haha.Okey kali Ranz nak ucap sekali lagi terima kasih sangat-sangat sebab memberi dorongan dan nasihat yang baik pada setiap hari walaupun Ranz bosan dengar benda tu tapi Ranz tahu ibu Ranz selalu repeat pasal benda tu sebab itu tandanya ibu Ranz sayangkan Ranz kan ? :).Ranz sentiasa mendoakan kepada kedua orang tuaku supaya panjang umur dan sentiasa sihat amin."Ya Allah ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku kerana sejak dari dulu lagi mereka menjagaku dengan sebaiknya dan diberikan didikan yang cukup ameeen".Okeylah Ranz nak cau dulu bye .. Assalamualaikum.

Tuesday, February 5, 2013

Penat

Assalamualaikum dan selamat petang all~.Hari ini Ranz penatlah sampai semua kerja-kerja sekolah pun belum ada satu pun siap.Tadi disekolah rasanya takdelah Ranz buat aktiviti yang memenatkan ? hmm samakin umur meningkat semakin malaslah pula haha.#Penat hehe siap highlight lagi perkataan tu,ini bermakna hmm Ranz penatlah kan haha *ayat putar belit*.Yang penting tahun ini dah SPM hmm ini yang risau ni sebab bila Ranz penat,Ranz takkan buat kerja apa-apa sahaja huhu.Apa-apa pun good bye all.Happy blogging Alls~. -Cerita Pendek Hari Ini-

Sunday, February 3, 2013

No.3 Dalam Tilawah Al-Quran

Assalamualaikum,korang semua apa khabar ? Ranz disini sihat-sihat saja. Ok2 kali ini Ranz nak menceritakan tentang bagaimanakah perasaan apabila dapat nombor dalam tilawah al-quran ni. Perasaan memang begitu terkejutlah sebab sebelum ini Ranz tak pernah ikut program tilawah-tilawah ni. Selain itu juga Ranz berasa bersyukur walaupun hanya mendapat TEMPAT KETIGA tetapi kira ok daripada tiada nombor  kan ? haha. Jom jengok gambar-gambar Ranz waktu tu ? hehe
Ini masa disekolah ? hahaha tengok tu ? korang kenal siapa yang berbaju melayu biru tu dialah kawan baik Ranz yeahhh ! walaupun kami berpisah kelas tapi tetap rapat ini blog dia Sam Blog's Opps ! terkeluar tajuklah korang nampak tak ? yang Ranz pegang yang warna merah tu ? hehe itulah hadiah pertandingan tilawah al-quran.
Cantikkan hadiahnya? Alhamdulillah mesti korang nak tengok isinya kan ? jangan malu-malu nak cakap nanti tak dapat tengok haha ok2 tengok kat bawah ye? tapi sebelum tu jangan lupa tarik nafas dulu "argggghhh!" kemudian hembus "huuuuuh!" ok.

Dalamnya inilah ? hehe hadiahnya sijil,novel,pen-pen,stepler,buku nota,book case itu sahaja just biasa-biasa je yang penting terbaik ! Okeylah sebelum Ranz ingin berundur diri Ranz nak cakap serbah sedikit ni, didunia ini tiada mustahil kalau kita ada doa,usaha,ikhtiar dan tawakal kalau kawan-kawan kita beri pendapat negatif jangan terus jadi negatif 100% yang penting just trust on your self itu sahaja ok bye-bye.

Friday, January 25, 2013

Cemerlang ~ '2009-2011 Kenangan

Assalamualaikum,ranz kali ni nak melepas rindu dengan kawan-kawan ranz dulu.Setiap hari apabila masa itu kosong apa lagi ? ranz akan membongkar gambar-gambar dulu lah time T.1-T.3 sebab ranz betul-betul rindu dengan kawan-kawan ranz semua ! kadang-kadang dulu selalu bergurau senda,bermain-main dan macam-macam la ! yang penting semuanya syok !.J0m mengimbas kenangan bersama saya ? jommmmm !.

Form 2 





Form 3



Maafkan ranz ye ? sebab rasa-rasanya banyak lagi yang lain tak ada dalam gambar ini yang penting ranz betul-betul rindu dengan dorang :).

Member- member kelas Cemerlang
Boy                  
1.Azhar          
2.Azim                              
3.Popo
4.Hamizan
5.Omar
6.Fadhil 
7.Syukran(me)
8.Datu
9.Sham
10.Firdaus
11.Mazlan
12.Faizal
13.Adzlee
Girl
14.Adiba
15.Natasha
16.Nina
17.Nadila
18.Olga
19.Azy
20.Adriana
21.Asrifa
22.Angela
23.Petronelly
24.Juliana
25.Noraini
26.D.Nur Atika
27.Yusniyana
28.Fiza
29.Afida
30.Lyn
31.Shahira

Sunday, January 20, 2013

“1st Giveaway By Puterikasih.com”

Hari ini seperti biasa, bila ada masa terluang jawapnya merayau-rayaulah ranz di dunia blogging ni. Tambah kenalan... tambah follower... tambah awek hahaha! ok itu gurau saja. Tengah ranz merayau-rayau tadi entah macam tersesat pula ke blog purple yang bernama puteri kasih. com. Entahlah nak cakap macam mana? tertarik pula ranz dengan blog ni? habis-habisan ranz geledah blog ni pergh! memang sempoi!. Entri-entrinya pun banyak yang menarik, penuh dengan nasihat, pengajaran dan sedikit lawak disana. 

Dari mula ranz menjejak kaki maya kat sana, mata ini asyik berkenyit-kenyit saja meihat satu entri puteri yang di sticky postkannya. Pergh! rupa-rupanya puteri ada menganjurkan sebuah GA yang menarik, tambah-tambah lagi ini merupakan GA beliau yang pertama pergh! ni yang buat jantungku berdegub kencang...  waktu tu juga ranz terus buat keputusan untuk join GA ini "saya kunci lirik itu!". Oklah menurut syarat GA beliau ranz kena tag seorang member, so ranz tag blogger sam a.k.a sahabat baik, so sam... kau jangan tak join pula ya hihihi. Harap puteri terima penyertaan ranz ini ya.

1st Giveaway By Puterikasih.com ini dianjurkan oleh Puterikasih.com dan ditaja bersama oleh All About CraftDikbiAzie NamicoJosrevalution @JRNurul SyarafinaAzziamiza, ZuhanifKiosk Vitamin, Cik Yaya,Kimmie Serembanmaya.com dan Kaspersky Malaysia 


Domo-kun Cute