Friday, March 22, 2013

Public Speaking

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan blogger,walaupun dah jauh malam ranz memang takkan pandai mengantuk *joke*.Korang nampak perkataan "Public Speaking" hah! itulah esok ada oral test bi.Perasaan ranz sekarang lilek je tapi macam mana dengan hari esok ? ahhhh takutnya bukan apa ranz jarang speaking london depan cikgu ranz sebab bila nak speaking ja mesti ada saja salahnya haha. Oh ya ? berkaitan dengan oral test tu berkenaan dengan "Everyday Heroes" ranz punya everyday heroes tu adalah cikgu hehehe.

Korang nak tahu oral test tu berapa lamanya ? 5 minit + 1 minit extra fuyyo! rasanya ranz tak sampai pun 1 minit kalau begitu.Sekarang ni ranz cuba memahami dan menghafal apa yang nak dicakap di depan tu nanti sebab dah nama "Public Speaking" mana boleh bawa text haha kalau bawa juga itu bukan public speaking itu public reading ngee.Rasanya itu sahaja dari ranz good bye.Happy Blogging -btw-

Monday, March 4, 2013

Hikmah Membaca Al-Quran

Assalamualaikum,yeahh ! baru balik dari sekolah Ranz ni fuh ! banyak kerja sekolah cikgu beri -.-".Apa kata jom kita muhasabah diri dengan membaca Al-Quran insyaallah apabila kita membaca Al-Quran akan mendapat kebaikan-kebaikannya.Baru tengok Al-Quran dah dapat pahala apatah lagi jikalau kita amalkan selalu membaca Al-Quran mesti berlipat-lipat kali ganda pahala diberi subahanallah indahnya islam kan ?..

Antara kebaikan membaca Al-Quran ialah;-


1. Satu huruf yang dibaca diberi satu kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipatkan gandakan sepuluh, 
 apat tempat istimewa diakhirat dengan lebih baik bacaan/tartil lebih tinggi kedudukannya. 

2. Mendapat tempat istimewa diakhirat dengan lebih baik bacaan/tartil lebih tinggi kedudukannya. 

3. Ibadat yang paling mulia di antara ibadat.
 
4. Dapat menghidar dari hati menjadi berkarat
 
5. Rumahnya dikunjungi malaikat dan banyak kebaikannya. Syaitan menjauhi rumah tersebut
 
6. Pembaca al quraan disayangi Allah swt dan Rasul saw
 
7. Allah memuji pembaca alquraan di hadapan malaikat
 
8. Allah swt menghujani rahmat ke atas pembaca al quraan
 
9. Mententeram jiwa yang resah
 
10. Al quraan menemani pembacanya di dalam kubur dari siksaan Mungkar dan Nangkir serta mengatur untuk simati dpd malaikat dari syurga tempat tidur dari syurga yg dipenuhi bauan kesturi
 
11. Rasulullah swt bersabda: "dihari pengadilan, di hadapan Allah swt , tiada syafaat yg lebih baik darjatnya dari al Quraan, mahupun dari nabi atau malaikat".
 
12. Dapat membina akhlak yang baik
 
13. Rasulullah saw bersabda: "Bacalah oleh kamu al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya." (Hadis riwayat Muslim)
 
14. Rugi bagi orang yang kurang gemar membaca al-Quran kerana Rasulullah banyak menyebut dalam hadis faedah dan fadilat membaca al-Quran.
 
15. Pembaca al-Quran dinaungi dengan payung rahmat. Dikelilingi malaikat dan diturunkan Allah kepadanya ketenangan dan kewaspadaan.
 
16. Pembaca al-Quran dikurniakan hatinya dengan cahaya oleh Allah dan dipelihara-Nya daripada kegelapan.
 
17. Pembaca al-Quran, hatinya tidak gundah dan terlepas daripada kesusahan pada hari kiamat. Hal ini kerana dia sentiasa dalam pemeliharaan dan penjagaan Allah.
 
18. Rahmat membaca turut diberi kepada ibubapanya pada hari kiamat dengan mahkota yang bercahaya.
 
19. Mendapat kedudukan yang tinggi disyurga mengikut tartil


Dengan itu kita sentiasalah amalkan membaca Al-Quran supaya kita boleh peroleh manfaat di dunia dan di akhirat ameeen :).Happy Blogging Alls

Sunday, March 3, 2013

Selamat Hari Jadi Buat Ibuku Yang Tersayang

Assalamualaikum Ranz disini ingin mengucapkan selamat hari jadi buat ibuku yang tersayang.Ranz betul-betul nak ucap terima kasih sangat-sangat kepada ibuku(abai) kerana sanggup jaga Ranz sejak dari baby hingga ke hari ni :').Saya nak minta ampun sangat-sangat jikalau Ranz selalu menyakiti hati ibu :"(.Tak sangka sekarang ni umur ibu(abai) sudah 53 tahun huhu.Sempena hari lahir ibu Ranz nanti Ranz nak minta doa dari ibu Ranz supaya Ranz boleh jawab SPM dengan sebaik-baiknya maklumlah sebab doa ibu kepada anak sangat mujarab ataupun makbul.
Yang kat tengah-tengah itulah ibu Ranz dan sebelah kanan dan kiri itu adalah kakak ipar ^^" Ranz beri tahu terlebih dahulu sebelum korang BLUR nanti :p.Ranz takde gambar ibu yang solo-solo haha.Okey kali Ranz nak ucap sekali lagi terima kasih sangat-sangat sebab memberi dorongan dan nasihat yang baik pada setiap hari walaupun Ranz bosan dengar benda tu tapi Ranz tahu ibu Ranz selalu repeat pasal benda tu sebab itu tandanya ibu Ranz sayangkan Ranz kan ? :).Ranz sentiasa mendoakan kepada kedua orang tuaku supaya panjang umur dan sentiasa sihat amin."Ya Allah ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku kerana sejak dari dulu lagi mereka menjagaku dengan sebaiknya dan diberikan didikan yang cukup ameeen".Okeylah Ranz nak cau dulu bye .. Assalamualaikum.
Domo-kun Cute