Saturday, April 20, 2013

Warna Kegemaran Rasulullah



Selama ini kita mungkin hanya mengetahui bahawa warna hijau menjadi kegemaran Nabi Muhammad , sebagaimana tanggapan dan momokan sesetengah pihak bahawa hanya warna tersebut sahaja yang beridentitikan Islamik atau digemari Rasulullah .

Rasulullah  tidak pernah menetap dan menentukan sebarang warna untuk dipakai umatnya. Sebenarnya Baginda  turut menyukai warna hitam, putih (baidha’), kelabu dan pelbagai warna lain dalam urusan biasa.
Selain itu Rasul juga ternyata menyukai warna putih. Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin berkata : Yang amat disukai oleh Nabi ﷺ ialah warna putih.”
Ketika beribadat Rasulullah  juga suka berpakaian putih, dan dalam urusan rasmi Baginda sering memakai pakaian hitam bagi menunjukkan kerendahan diri.

1.  Daripada Ja’far bin Amr bin Huraits r.a., dia berkata: “Sesungguhnya Rasulullah berpidato di hadapan umat, Baginda memakai serban hitam.” 

2.  Ibnu Ady meriwayatkan dari Jabir r.a yang berkata: “Aku pernah melihat Nabi memakai serban hitam yang dipakainya pada hari raya…”

3.  Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah  adalahhijau.”

4.  Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan: “Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, sesudah putih.”

5.  Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata : “Pernah Nabi  keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna kelabu.”

6.  Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir r.a katanya : “Pernah Rasulullah berpakaian yang bercorak merah pada dua hari raya dan pada hari Jumaat.”

7.  Ada juga keterangan bahawa Nabi Muhammad  pernah memakai pakaian berwarnahitammerah hatikelabu dan warna campuran.

8.  Imam Bukhari meriwayatkan hadis dari Anas r.a, beliau pernah melihat : “Nabi menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak warnanya.


Semoga dapat dijadikan panduan dan manfaat bersama…

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Domo-kun Cute