Tuesday, September 16, 2014

Asas Aqidah Islam

SUMBER UTAMA AQIDAH ISLAM

- Al Quran :
 Iaitu kalam Allah (wahyu Allah) yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW 

-Hadis Nabawi :
 Iaitu setiap Perkataan / Ucapan , Perbuatan ,Pengakuan & Sifat Rasulullah s.a.w.


ASPEK PERBAHASAN AQIDAH ISLAM

1. Ar- Rububiyyat :
Berkaitan : Mentauhidkan Allah sebagai Pencipta, Pemilik dan Penguasa

2. Al- Uluhiyyat : 
 Mentauhidkan Allah yang bersifat dengan sifat kesempurnaan. Hanya Allah wajib disembah, ditaati peraturannya, tempat berdoa dan berharap 

3. An- Nubuwwat :
Kenabian Rasulullah s.a.w. yang membawa ajaran Allah utk disampaikan kepada umat manusia

4. As- Samiyyat : 
 Perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dicapai oleh ancaindera dan tidak wajib disembah, ditaati peraturannya, tempat berdoa dan berharap dapat difikir oleh akal manusia , diketahui melalui al-Quran & hadis rasulullah seperti kaimat, dosa, pahala, melalui al-Quran & hadis rasulullah seperti kaiamt, dosa, pahala,
syurga dan neraka



PERKARA /AMALAN YANG MEROSAKKAN AQIDAH


Aqidah seseorang boleh rosak melalui Perkataan, Perbuatan dan Hati

PERKATAAN
- Menghina Islam seperti mencela Allah.Al Quran dan Hadis
- Mengubah hukum dengan perkataan seperti menolak kewajipan solat fardu dan menolak   kewajipan menutup aurat
- Bersumpah dengan selain nama Allah seperti demi bulan matahari
- Menyanyi lagu-lagu yang liriknya bertentangan dengan akidah
- Mengubah ayat al Quran atau hadis

PERBUATAN
- Menyembah selain daripada Allah seperti berhala , pokok,syaitan dll
- Memakai lambing mana-mana agama seperti salib
- Menghina Al Quran seperti mengoyak,memijak,mencampak
- Menyertai upacara agama lain seperti upacara penyembahan berhala dan penyucian dosa (babtis) di gereja
- Sujud selain daripada Allah seperti sujud kepada manusia , batu dan lain-lain


HATI 
- Meyakini bahawa alam ini terjadi dengan sendiri
- Percaya bahawa pencipta alam ini sama seperti makhluk lain
- Ragu-ragu dgn rukun Iman, rukun Islam dan hukum Islam
- Berniat keluar daripada Islam



PERKARA YANG MENDORONG SALAH LAKU AQIDAH

-Kurang mendalami ilmu agama Islam 
-Tidak suka mendampingi ulamak & pendidik 
-Terpengaruh dengan budaya dan hiburan asing yang merosakkan akhlak 
-Berkawan dengan orang yang rosak akhlak 


PERKARA / AMALAN UNTUK MEMANTAPKAN AQIDAH

LISAN
1. Membaca dan memahami al Quran dan hadis nabi
2. Berzikir,bertahlil,bertasbih dan bersalawat
3. Bercakap benar
4. Nasihat menasihati kearah kebenaran
5. Berdoa


PERBUATAN
1. Menunaikan Ibadat samada fardu atau sunat
2. Menolong gol yang memerlukan bantuan seperti anak yatim,fakir miskin
3. Menuntut ilmu yang berfaedah
4. Beradab sopan dalam pergaulan
5. Melakukan kerja yang baik seperti berniaga, bertani


HATI
1. Sentiasa mengingati Allah s.w.t.
2. Yakin dengan pertolongan Allah
3. Ikhlas melakukan ibadat dan amal kebajikan
4. Sangka baik terhadap Allah
5. Bercita-cita tinggi dan bertawakal kepada Allah

3 comments:

nana liena said...

mudahnya utk akidah runtuh. sama2 la kita ingat mengingatkan..! :)

nana liena said...
This comment has been removed by the author.
Md Syukran said...

Nana liena : betul sekarang akhlak mmg senang runtuh sebab terpengaruh dengan budaya yg tak bermoral kan ? ..

Domo-kun Cute