Thursday, March 26, 2015

Matlamat


Assalamualaikum,
 Tak sangka saya dah mempunyai blog hampir 4 tahun sudah. Hari demi hari Ranz hampir lupa dengan blog ni. Alhamdulillah saya bernafas hari ini dan bloger2x sekalian apa khabat ? ingat saya lagi tak ? mesti banyak dah tak ingat dengan saya *gurau2x*. Berkenaan dengan tajuk saya "matlamat" sebenarnya sejak dari kecil lagi saya dah mempunyai matlamat cuma matlamat tu masih lagi process untuk menjadi kenyataan. Sekali lagi saya hendak ucapkan alhamdulillah terhadap diri sendiri sebab keputusan sem 2 saya dah meningkat. Sem 2 ada lima subjek dan saya hanya dapat 2a 2b 1c pointer 3.0 cuma ada sedikit sedih sebab ada c tapi yang penting saya dah buat yang terbaik pada diri sendiri. Ini semua berkat dari doa ibu bapa serta support daripada keluarga saya dan kawan-kawan saya. 

Mulai hari ni saya akan cuba untuk berusaha bersungguh-sungguh walaupun bukan yang terbaik tapi yang penting semangat untuk mencuba menjadi yang terbaik bahkan tidak lupa juga dengan hal akhirat. Apabila seseorang itu mengejar hal dunia sahaja akhirat akan jauh darinya tapi bila seseorang itu mengejar hal akhirat automatic hal dunia akan mengikuti kita, maknanya kenalah balance antara dunia dan di akhirat kelak nanti. Balik kepada topik kat atas tu, matlamat saya ingin menjadi seorang yang berjaya dalam sektor _ _ _ masih belum boleh didedahkan In sha Allah nanti saya bagi tau. Oklah itu sahaja yang dapat Ranz kongsikan kepada blogger sekalian. 

P/S :- Practice make perfect  





No comments:

Domo-kun Cute